Monday 4 February 2013

Pengubat duka lara

kadang hidup ini terasa aneh, kadang pula terasa indah..
kecewa..siapa yg tak pernah rasa..semua pernah..sebab masing2 antara kita punya cita, punya impian..jadi bila apa yg kita impikan tidak tercapai..pasti kita akan rasa kecewa..

namun..kecewa pon tak boleh nak lebih2..tula pentingnya kita ada iman..sebab dengan adanya keimanan kita mampu menangani rasa kecewa itu dengan baik..tahu arah tuju kembali..

Allah ada bila kita perlu pada-Nya..Allah tak pernah tinggalkan kita, tak pernah lupekan kita, tak pernah ketepikan kita...walaupun kita selalu abaikan Allah..

btapa sayangnya Allah pada kita..tapi kita....masa gembira ketepikan Allah..bila dah kecewa tercari2..namun Allah tetap beri peluang pada kita..tetap kan terima kita biar bagaimanapun kita..

Ya Allah..ubatilah rasa hati yg kecewa ini..penuhilah jiwaku dengan rasa aman adaMu..

Friday 4 January 2013

...mungkinkah bertemu...


pilihan hati..
punya tarbiyah diri..
memimpin kami kenal ilahi
moga seiringan ke syurga nanti

iman yang teguh mempesona jiwa
peribadi mulia idaman sentiasa
keluarga terpimmpin Allah diutama
rumah tangga bahagia tercipta

lesung pipit dipipi terserlah indah
senyum menambat hati setia
perwatakan ceria meghilang resah
moga bersama hingga hujung nyawa

akhlak terpuji menjadi ikutan
dunia akhirat diseimbangkan
bertimbang rasa ego diketepikan
terbina cinta kerana Allah diutamakan

..kerunsingan melanda..


jodoh, siapalah yg tahu bila dan dimana.. tiada kn? sbb itu semua ketentuan Allah..
bila usia makin meningkat ni..semua org akan sibuk bertanya pada yg bujang bila mahu mempunyai pasangan hidup.. hurm..bermacam alasan kita boleh dgr, "belum masanya", "belum ada yg sesuai", "insyaAllah tak lama lagi", "belum sampai seru kot", "doakan jela..." bermacam2 lagi..

yang bertanya tak boleh nk disalahkan, yela tu mungkin tanda keperihatinan mereka..
yg rimas ditanya pon tak salah juga..mne tidaknye, bosan juga jawab soalan yg sama tak kira kemana berada..(cam pengalaman jer...hehe) 

apa2 pon..sebaiknya kita saling mendoakan.. doakan yg belum bertemu jodoh agar disegerakan jodohnya..jangan asyik tanya je..bkn apa kita sama2 tahu jodoh tu Allah yg tentukan..jd manalah dia ada jawapan pada persoalan "bila??", doakan juga dia agar menjadi orang yg tabah dan mampu harungi ujian Allah tu dgn baik.. lambat bertemu jodoh ni sebenarnya ujian dr Allah..

kadang tu, ada yg kata tak usaha tu yg lambat...hurm. usaha yg mcm mana yg dimaksudkan??
1. doa..jgn lupa minta kat Allah ditemukan jodoh..(byk perkara kita minta kat Allah, jd yg ni pon jgn lupa minta)
2. Kalau ada kwn2 ke, makcik pakcik ke tolong kenalkan jgn cepat2 tolak walaupun tak suke atau tak hati langsung pada calon tu istikharah dulu..mohon petunjuk dari Allah.
3. kalau dah pernah ada pilihan dan tak menjadi jauhi rasa putus asa atau kecewa cepat2..yakin kan diri bahawa "bukan jodoh" sebab kalau dah jodoh, mcm mana kita elak pon akhirnya bersatu juga..dan bercouple bagai nk rak pok kalau bukan tak jadi juga..
4. buat solat hajat, jgn lepak jer tunggu jodoh tu datang..mohon pada Allah. Jangan malu nk minta pada Allah..tak siapa pon tahu hingga teresak2 awk mohon pd Allah nk cepat berjodoh..beza pd manusia cerita kat sorg je..tup2 tak pandai simpan rahsia heboh sekampung..malu awk dibuatnya..
5. nak jodoh baik..kenelah usaha jadi baik dulu..sbb Allah dah sebut dalam kitabNya, yg baik utk yg baik. Janji Allah itu pasti benar..
6. Tawakkal kepada Allah, haa..nk berserah ni lepas kita dah berusaha sepertimana di atas..
munggkin byk lagi jalan2 usaha yg ada..mcm baitul muslim..dll..yg utama pastikan usaha tu tidak lari dr batas2 syariat..barulah dapat yg Allah redha.. ^_^

bagi yg belum jumpa2 lagi pasangan hidup tu, sedangkan usia dah makin bertambah..jgn bimbang..doa banyak2 kat Allah..dgn izinNya pasti berjodoh cuma cepat atau lambat je..sbb Allah ciptakan manusia ni kn berpasangan..jad dah ada dah tu pasangan masing2..bersabar ye.. ^_^

Thursday 3 January 2013

Hurm..

kadang tu rasa tak faham dengan orang yang mampu tapi tak mahu menuntut ilmu..peluang dah ada, mak ayah mampu tanggung kos pembelajaran tapi memilih untuk tidak belajar. sedangkan orang yang tak mampu tapi hajat menggunung tinggi untuk menyambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi..

KENAPA???

kan bagus jika mereka yang berhajat dan bersungguh2 dibantu oleh yang mampu..jadi dapatlah ilmu tu berkembang. dapat pahala sama2..(yg embantu dan dibantu)

..Harapan..

Menjadi anak sulung bukanlah semudah yg disangka..bahagia pada awalnya..mane taknye..anak pertama. Sebelum dapat adik seronoklah, semua hak kita, semua untuk kita, tiada yang nak berebut, tiada yang perlu dikongsi..tapi tak bermakna pulak kalau hidup tanda adik beradik tu menyeronokkan.

hurm..tulah manusia kan..kita tak pernah nak nampak hikmah disebalik kejadian kecuali bila datang ujian. waktu tu baru kita sedar hakikat terciptanya jalan cerita yang kita jalani.

ok. berbalik pada tajuk yg nk diceritakan pada hari ni..sebenarnya cuma nak kongsi rasa hati seorang anak sulung je..

Anak sulung ni siapa?

Anak yang pertama dalam keluarga (adik-beradik), biasanya kelahiran anak pertama ni memang menjadi kebahagiaan utama sebuah keluarga, menjadi penyeri pasangan yang baru pertama kali menimang cahaya mata. kalau ditanya pada mana2 pasangan pon tentang kehadiran anak pertama ni..memang akan terpancar cayaha bahagia pada mereka. Jarang sekali kita akan jumpa pasangan yang tidak suka akan kelahiran anak pertama.

Peranan anak sulung..

Masa kecik2 boleh la nak manja2, segala hasrat dipenuhi. Tapi bila hadirnya adik baru dan seterusnya..dah mula perlu berdikari..betul tak anak sulung??

Tapi bukan bermakna anak sulung ni tak disayangi dah..so jangan rasa terpinggir, sebenarnya anak sulung ni adalah anak harapan keluarga. Peranan dia sama pentingnya dengan kelahiran dia. kenapa sy ckp mcm tu??

Antara sebabnye....
  • Anak sulung ni dah lalui dulu kehidupan berbanding adik2nya.. bak kata org tua2 dulu.."makan garam dulu dah".. jadi dah boleh tolong ibu jaga adik.
  • Anak sulung biasanya menjadi pembantu ibu dan ayah. Jadi peranan dia menjadi ketiga terpenting dalam keluarga selepas ayah dan ibu.
  • Anak sulung menjadi harapan ibu dan ayah sebagai pengganti mereka setelah mereka tiada nanti.
  • Anak sulung selalunya menjadi tempat bergantung ibu dan ayah.
  • Anak sulung anak contoh (menjadi ikutan adik2)
dan banyak lagi kepentingan anak sulung ni..

yang utama anak sulung ni adalah anak harapan..harapan kepada keluarga, kalau kita perhatikan..
bila anak sulung baik, adik2 pon akan baik jugak..memamglah tak semua..tapi kebanyakannya macam tu.

jadi pada anak sulung yang rasa terpinggir tu...ubahlah perasaan tu..semua tu hanya mainan nafsu, supaya kita tidak menjalankan peranan kita dengan baik. Kita sebenarnya yang menentukan sama ada kita penting atau tak dalam keluarga kita, bila kita jalankan peranan kita dengan baik kita pasti akan dihargai. 

Lagi pun  yang utama adalah ikhlas..jalankan peranan tu kerana Allah..barulah kita akan disayangi keluarga..dan hati Tenang je.. ^_^


Wednesday 19 December 2012

Difference....

It’s not how much you accomplish in life that really counts,
but how much you give to others.
It’s not how high you build your dreams,
but how high your faith can climb.
It’s not how many goal you reach,
but how many lives you touch.
It’s not who you know that matters,
but who you are inside.

Believe in the possible,
hold tight to the incredible,
and live each day its fullest potential.
You can make a difference in your world.

Muslim itu....

Muslim itu,
Berjalan dengan gagah dan segak bergaya,
Berpakaian kemas menyejuk mata,
Senyuman manis di bibir sentiasa bersama,

Muslim itu,
Bahasa pertuturan halwa telinga,
Akalnya tajam namun halus perasaannya,
Hatinya lembut membahagiakan ayah bonda,

Muslim itu,
Jiwanya berani kebanggaan semua,
Tunduk serta patuh perintah yang Esa,
Setia pada Rasulullah cinta agunganya,
Demi Islam yang dibawa sentiasa,
Cita-citanya membela agama dengan jiwa dan raga.