Sunday, 6 May 2012

rindu bertamu kerana cinta


" Andai tiada cinta insani untukku, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku, moga kelak akan ada cinta untukku, daripada insan yang mencintai Allah, sebagai mana cintaku terhadapNya "


andai cinta itu belum jua kumiliki
ajari aku untuk bersabar

andai rindu itu belum pernah kurasai
ajari aku untuk mencintai

andai belum jua kupelajari
moga tetap ada nilai disisiMu

kerana kesungguhanku
tuk merindu dan mencintaiMu
tak kan pernah pudar

..Duhai Cinta..


Cinta..
hadirlah kau kerana Allah

..Cintakah ini...

Di sebuah kampung yang damai..Adalah sorang wanita ni..rupa paras kurniaan ilahi blh la tahan..sejuk mata memandang…tapi..dia telah diuji dgn kehilangan salah satu dari pancaindera yg telah dipinjamkan oleh Yang Maha Kuasa..jadi kerana kekurangan ini..dia sering menyendiri, muram dan tidak bersemangat untuk meneruskan kembara kehidupan dunia..baginya tiadalah guna hidup tanpa penglihatan..

Kerana sikapnya ini..tiada yg mahu bergaul dengannya dan dirinya sering menjadi bahan usikan manusia-manusia yang tiada mengerti betapa peritnya hidup yang dirasakan sang gadis tanpa mata..betapa seksanya jiwa sang gadis menanggung derita..
Hinggalah suatu saat, kerana diikutkan hati yang lara..tercetuslah suatu idea dalam benak fikirannya untuk menamatkan saja riwayat hidupnya..sambil berjalan entah kemana, hanya kegelapan di sana sini…sang gadis derita meluahkan rasa….

“Apalah yang mahu ditunggu..
Hidup merana, jiwa sengsara..
Sendiri meniti dunia yang sepi..
Tiada yang peduli pada deritanya hati…
Hidup tiada yang menemani..
Biarlah mati mengakhiri”

Kebetulan masa tu..jejaka terdengar luahan hati pilu si gadis buta..tersentuh jiwanya..maka dia mendapatkan gadis itu dan berkata “ janganlah kamu bersedih hati, andainya kamu sudi, izinkan aku membantumu dan merawat dukamu..”

Si gadis yang pada awlanya ragu..kemudian di yakinkan oleh si jejaka..akhirnya bersetuju..bahagialah hati sang gadis..punya kekasih yg setia menemani..menerima kekurangan diri..segala resah kini sudah ada tempat mengadu, segala masalah diselesaikan bersama..
Gadis itu sering  berkata, “andainya suatu hari nanti saya boleh melihat, saya kan tetap setia pada awak, kita akan berkahwin dan bersama selamanya”

Tiba pada Satu hari, ada orang mendermakan mata kepada gadis tu…hatinya sungguh ceria..
setelah pembedahan berjaya di jalankan gadis tersebut tidak sabar untuk melihat kekasih hati yang selalu menjadi tempat mengadu selama ini..
dicarilah sang jejaka yang menjadi pengubat lara selama ini..namun setelah dia melihat kekasihnya dia merasa sungguh terkejut dan malu kerana kelasih yang didamba selama ini ternyata buta sama sepertinya dahulu! Dia terdiam seribu bahasa..

Kekasihnya bertanya :
Kini tentu awak dah boleh melihat kan? Kerana ada yang telah mendermakan mata..jadi sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang sepertimana yang telah awak ucapkan dulu?

…….Gadis itu menolak!!!

Dengan hati yang terluka…Si jejaka hanya mampu mengukir sebuah senyuman kecil tanda redha dengan jawapan gadis tersebut dan sebelum si gadis berlalu pergi dia berkata pada si gadis…

“AWAK TOLONG JAGA BAIK-BAIK MATA SAYA YE…

*********************************************
Semoga bermanfaat..dan Hargailah cinta.. ^_^

..Buatmu Kasih..



Oh Tuhan..
seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah..ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku..
Yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku..
Yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala 

-In-Team-