Wednesday 19 December 2012

Difference....

It’s not how much you accomplish in life that really counts,
but how much you give to others.
It’s not how high you build your dreams,
but how high your faith can climb.
It’s not how many goal you reach,
but how many lives you touch.
It’s not who you know that matters,
but who you are inside.

Believe in the possible,
hold tight to the incredible,
and live each day its fullest potential.
You can make a difference in your world.

Muslim itu....

Muslim itu,
Berjalan dengan gagah dan segak bergaya,
Berpakaian kemas menyejuk mata,
Senyuman manis di bibir sentiasa bersama,

Muslim itu,
Bahasa pertuturan halwa telinga,
Akalnya tajam namun halus perasaannya,
Hatinya lembut membahagiakan ayah bonda,

Muslim itu,
Jiwanya berani kebanggaan semua,
Tunduk serta patuh perintah yang Esa,
Setia pada Rasulullah cinta agunganya,
Demi Islam yang dibawa sentiasa,
Cita-citanya membela agama dengan jiwa dan raga.

...Tarbiyah diri...

diawali dgn aku
kemudian adik dibawahku
dan seterusnya adik bongsuku
setelah itu ibuku mula berminat
dan kini ayah mula bertanya
Alhamdulillah...

halaqah pada awalnya yg terasa amat berat untuk aq jalani kini menjadi sesuatu yg kunanti saban hari..
bagaimana??

kisah bermula..

masa kecik2 dulu..nakal, suka panjat pokok, jalan merata..habis satu kampung aq keliling..sampaikan semua org kampung kenal anak siapa (popular ayah..hehe). Masa tu kwn pon dgn bdk2 laki..rasa lebih adventure.. sbb aq suka aktiviti lasak..tapi ayah tak suka, ayah selalu marah bila tau aq kwn dgn bdk2 laki..masa tu tak suka ayah (sbb rasa asyik kne mrh jer..semua salah pada ayah). disebabkan ayah tkt aq jadi mcm lelaki kecik2 lagi dah kne pakai subang, rambut tak boleh potong pendek cam laki (rimas tol)..pemakaian lak..masa kecik2 blh la pakai seluar panjang..yela masa tu bkn reti nk urus diri..pastu lasak..so seluar dan t-shirt tu lbh menjaga penampilan diri..tapi bila dah mula sekolah aq disuruh pakai baju2 yg lebih keperempuanan..dgn jiwa lasak yg aq miliki payah jugalah nk sesuaikan diri..
ayah garang..jadi suka atau tak terpaksa juga diturutkan..biar pon jiwa memberontak.

persekolahan..
hurm..aq tak merasa masuk tadika mcm kanak2 lain..mula2 nk mengenali dunia persekolahan aq terus didaftarkan ke darjah satu (hurm..cam pndai jer...terus lompat darjah satu..hehe, perasan pandai je sebenarnye..) aq tak masuk tadika tu sbb ayah lupa nk daftarkan ke tadika, disebabkan aq ni bersaiz kecil molek jadi ayah tak perasan kalau dah sampai masa utk aq bersekolah..masa ayah tersedar tu usia aq dah tak sesuai utk tadika..so sebab tu lah aq terus didaftarkan ke darjah satu.

dalam usia kanak2 ni..apalah sangat yg aq boleh faham tentang tarbiyah ni..aq ikut je apa yg ayah dah aturkan untuk aq..nakal2 aq pon tak berani ingkar kata ayah (memberontak dalam hati jela) so kat sekolah pon ikut je apa yg dah di susun..disebabkan takade kefahaman yg betul, tak amal lah segala tarbiyah yg diterapkan oleh pihak sekolah (pepatah : mcm tuang air di daun keladi). pi sekolah pakai tudung, balik sekolah hilang tudung. disebabkan aq tak baligh lagi jadi mak ayah pon tak kesah. 

mula nk fahami tarbiyah ni masa sekolah menengah..

menengah rendah,
waktu form one, biasa jer lagi..takde yg berubah pon..yela baru nk mula membesar kan..paling tak lupa..
ada satu hari tu, masa tu aq bkn form one dah la (hehe..tak boleh bg tahu form bape..segan...) aq ikut ayah keluar jalan2..mak suruh pakai tudung..pada mulanya pakai je..tapi bila hari mula panas..dengan selamber aq buka tudung..masa tu dalam kereta so buat fahaman sendiri dalam kereta takpe je tak pakai tudung...entah kenapa masa tu jugaklah terserempak dengan guru besar sekolah, ayah pulak time tu lah nk beramah mesra..aq yg pada mulanya tak tahu..selamba ja..ingatkan ayah borak2 dgn kawan dia..bila aq toleh je kat tingkap..rasa nk tercabut jantung! (mau taknye...guru besar nampak aq tak pakai tudung...wah..malu besar nie..huhu..) cepat2 aq nyorok2kan kepala..walaupun hakikatnye GB dah nampak..aq pura2 tak tahu je..ha..masa nilah baru aq nekad nk pakai tudung elok2..(menutup aurat)..takdela malu kalau bila2 terjumpa lagi mane2 guru..terutama GB..hehe ( masa tu, niat pakai tudung tu, sbb malu kat GB)..

menengah atas,
zaman suka2..zaman hiburan..
nakal sket la time ni..aurat jaga dah, tapi...perangai belum banyak berubah..sebab ikut tarbiyah yg sekolah susun tanpa niat yg betul..ikut, tapi tak amal..
suka..mestialh ada...tapi sebab terkawal suasana sekolah..so tak terlibat la dengan isu cintan2 or couple2 masa tu...jadi beralih pada hiburan..masa tu minat filem2 hindi..so terlibat la jugak dgn artis2 pujaan ni..lagu2 hindi hafal bkn main..(sbb minat, lagu tak fhm pon blh hafal, tp pelajaran tak pulak gitu) artis2 tempatan pon ada juga yg di minati siap bertukar2 lirik lagu dgn rakan2 sekelas..diskusi tentang artis mcm wartawan..semua nk ambil tahu..so..perjalan hidup masa tu sekadar ikut je tarbiyah yang disusun..tapi blm memberi apa2 kesan yang mendalam..

hurm...citer panjang lebar lak...berkaitan ke ni..entahlah..
ambil yg bermanfaat dan lupekan yg tidak..

ok lah..dipendekkan cerita..mula faham tarbiyah dengan betul setelah mula berkhidmat di sekolah yg telah berjasa mengenalkan aq pada tarbiyah ( kerja kat tmpt aq belajar masa sekolah rendah dan menengah) mulanya liat jugak..dah lama tak ikut halaqah..hati pon dah mula nk membatu..dapat lak suasana yang tak menarik minat nk pi..bosan je..hingga menghasut jiwa untuk ponteng...tp sbb merasakan tarbiyah tu penting..bosan pun dipaksakan juga kaki melangkah..digagahkan juga hadir halaqah. Kebetulan pulak, baru kecewa dgn insan pilihan hati..jadi memang sangat perlu membina kekuatan hati..so..hari2 berlalu..hadir tapi hati belum bersatu dgn halaqah juga..masih juga ada malas2nya..boring2nya..tapi taklah seperti di awal bermula melangkah kaki untuk berhalaqah..

dipendekkan cerita lagi..
sepanjang melalui hari2 malas berhalaqah tu,,aq sering berdoa, semoga Allah temukan aq dgn suasana halaqah yg membuatkan aq rindu untuk menghadirinya setiap hari, membuatkan aq bahagia menghadirinya, yg membuatkan aq menunggu2 harinya..
hingga pada suatu ketika aq diberi peluang itu..aq mula merasa nikmatnya..indahnya berhalaqah..setelah aq bertukar ibu halaqah, teman2 halaqah, suasana halaqah yg berbeza dr sebelum2 ini..(rupanya sangat penting kita berada dalam suasana halaqah yg kita selesa di dalamnya, sbb itulah nanti yg akan mentarbiyah kita).. di sinilah aq mula memahami dgn baik apa itu tarbiyah yg sebenar, tika itulah aq mula mengamalkan tarbiyah..bila berminat, semua akan jadi menarik..bila hati dah mula tertarik..segalanya akan jadi lebih baik..

aq tersedar agak lambat..tapi..tu tak bermakna aq dah lewat untuk mengejar cinta Ilahi..selagi hayat ada, peluang terbuka..teruskan saja...

so itulah perjalanan tarbiyah yg aq alami..hingga kini aq merasa bahagia di dalamnya..aq merasa tenang bersama-Nya..semoga aq akn terus thabat di jalan tarbiyah ini...kerana syurga selalu menjadi impian diri..dan kasih TUHAN merahmati kehidupan ini..

...Penyesalan..


Ketika kecil ibu dan ayah lah yg mendidik dan membesarkan kita, mengikut susun atur yang mereka fikirkan terbaik buat kita.. sebagai anak yang tidak mengerti kita akur dengan segala pemikiran mereka. Apa yang baik pada pandangan mereka, maka baiklah juga bagi kita..

Namun setelah usia meningkat dewasa..kita mula ada pemikiran sendiri..
kita mula merasa bahawa pemikiran mereka itu sudah ketinggalan zaman..
kerana kita kini berada di zaman yang moden, maju kehadapan, berdaya saing, hebat sungguh pada pandangan kita zaman ini. Kita lupa wujudnya zaman ini kerana usaha mereka yang lampau. Secara logiknya mereka melalui zaman itu dari kolot hingga berubah ke arus pemodenan.

Kini setelah dewasa..setelah mereka tiada lagi..setelah kita yang semakin lanjut usia, berganti memikul peran..barulah kita menyedari kesilapan kita terhadap mereka..apakah masih bermakna lagi masa itu?

Terlajak perahu boleh diundur, namun tersalah tingkah buruk padahnya. Sebaiknya berhati-hatilah kita dalam memalukan sesuatu, berfikirlah sebelum melaksakan apa jua perbuatan Mungkin baik pada pandangan kita, tapi belum tentu bawa kebaikan pada semua.

Saturday 14 July 2012

..Hanya yang BIASA..



ku mahu yang BIASA saja.

dia yg Beriman..
dia yg meyakini Islam sebagai jalan hidupnya..
dia yg sering mengingatkan aku pada Allah cinta pertamanya..
dia yg menjadikan Sunnah Rasulullah sebagai peribadinya..
dia yg mahu mengasihi dan menerima Aku seadanya..

datanglah menjemputku wahai 'dia'..
pimpinlah dan bimbinglah jiwa ini menuju syurga-NYA.

Sunday 6 May 2012

rindu bertamu kerana cinta


" Andai tiada cinta insani untukku, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku, moga kelak akan ada cinta untukku, daripada insan yang mencintai Allah, sebagai mana cintaku terhadapNya "


andai cinta itu belum jua kumiliki
ajari aku untuk bersabar

andai rindu itu belum pernah kurasai
ajari aku untuk mencintai

andai belum jua kupelajari
moga tetap ada nilai disisiMu

kerana kesungguhanku
tuk merindu dan mencintaiMu
tak kan pernah pudar

..Duhai Cinta..


Cinta..
hadirlah kau kerana Allah

..Cintakah ini...

Di sebuah kampung yang damai..Adalah sorang wanita ni..rupa paras kurniaan ilahi blh la tahan..sejuk mata memandang…tapi..dia telah diuji dgn kehilangan salah satu dari pancaindera yg telah dipinjamkan oleh Yang Maha Kuasa..jadi kerana kekurangan ini..dia sering menyendiri, muram dan tidak bersemangat untuk meneruskan kembara kehidupan dunia..baginya tiadalah guna hidup tanpa penglihatan..

Kerana sikapnya ini..tiada yg mahu bergaul dengannya dan dirinya sering menjadi bahan usikan manusia-manusia yang tiada mengerti betapa peritnya hidup yang dirasakan sang gadis tanpa mata..betapa seksanya jiwa sang gadis menanggung derita..
Hinggalah suatu saat, kerana diikutkan hati yang lara..tercetuslah suatu idea dalam benak fikirannya untuk menamatkan saja riwayat hidupnya..sambil berjalan entah kemana, hanya kegelapan di sana sini…sang gadis derita meluahkan rasa….

“Apalah yang mahu ditunggu..
Hidup merana, jiwa sengsara..
Sendiri meniti dunia yang sepi..
Tiada yang peduli pada deritanya hati…
Hidup tiada yang menemani..
Biarlah mati mengakhiri”

Kebetulan masa tu..jejaka terdengar luahan hati pilu si gadis buta..tersentuh jiwanya..maka dia mendapatkan gadis itu dan berkata “ janganlah kamu bersedih hati, andainya kamu sudi, izinkan aku membantumu dan merawat dukamu..”

Si gadis yang pada awlanya ragu..kemudian di yakinkan oleh si jejaka..akhirnya bersetuju..bahagialah hati sang gadis..punya kekasih yg setia menemani..menerima kekurangan diri..segala resah kini sudah ada tempat mengadu, segala masalah diselesaikan bersama..
Gadis itu sering  berkata, “andainya suatu hari nanti saya boleh melihat, saya kan tetap setia pada awak, kita akan berkahwin dan bersama selamanya”

Tiba pada Satu hari, ada orang mendermakan mata kepada gadis tu…hatinya sungguh ceria..
setelah pembedahan berjaya di jalankan gadis tersebut tidak sabar untuk melihat kekasih hati yang selalu menjadi tempat mengadu selama ini..
dicarilah sang jejaka yang menjadi pengubat lara selama ini..namun setelah dia melihat kekasihnya dia merasa sungguh terkejut dan malu kerana kelasih yang didamba selama ini ternyata buta sama sepertinya dahulu! Dia terdiam seribu bahasa..

Kekasihnya bertanya :
Kini tentu awak dah boleh melihat kan? Kerana ada yang telah mendermakan mata..jadi sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang sepertimana yang telah awak ucapkan dulu?

…….Gadis itu menolak!!!

Dengan hati yang terluka…Si jejaka hanya mampu mengukir sebuah senyuman kecil tanda redha dengan jawapan gadis tersebut dan sebelum si gadis berlalu pergi dia berkata pada si gadis…

“AWAK TOLONG JAGA BAIK-BAIK MATA SAYA YE…

*********************************************
Semoga bermanfaat..dan Hargailah cinta.. ^_^

..Buatmu Kasih..



Oh Tuhan..
seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah..ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku..
Yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku..
Yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala 

-In-Team-