Wednesday, 19 December 2012

...Penyesalan..


Ketika kecil ibu dan ayah lah yg mendidik dan membesarkan kita, mengikut susun atur yang mereka fikirkan terbaik buat kita.. sebagai anak yang tidak mengerti kita akur dengan segala pemikiran mereka. Apa yang baik pada pandangan mereka, maka baiklah juga bagi kita..

Namun setelah usia meningkat dewasa..kita mula ada pemikiran sendiri..
kita mula merasa bahawa pemikiran mereka itu sudah ketinggalan zaman..
kerana kita kini berada di zaman yang moden, maju kehadapan, berdaya saing, hebat sungguh pada pandangan kita zaman ini. Kita lupa wujudnya zaman ini kerana usaha mereka yang lampau. Secara logiknya mereka melalui zaman itu dari kolot hingga berubah ke arus pemodenan.

Kini setelah dewasa..setelah mereka tiada lagi..setelah kita yang semakin lanjut usia, berganti memikul peran..barulah kita menyedari kesilapan kita terhadap mereka..apakah masih bermakna lagi masa itu?

Terlajak perahu boleh diundur, namun tersalah tingkah buruk padahnya. Sebaiknya berhati-hatilah kita dalam memalukan sesuatu, berfikirlah sebelum melaksakan apa jua perbuatan Mungkin baik pada pandangan kita, tapi belum tentu bawa kebaikan pada semua.

No comments:

Post a Comment